Jom mendaftar Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati!

Untuk maklumat lanjut & pendaftaran secara online, sila ke:

http://www.raudhatussakinah.com/himpunan-1000-jiwa-1-hati/

Sertai KEM REMAJA S.U.P.E.R !

TERBUKA KEPADA REMAJA: 13-17  TAHUN

Untuk maklumat lanjut, sila ke:

http://www.kemremajasuper.blogspot.com/

Wacana Isu Seksualiti berjaya

.
.
CYBERJAYA – Program Wacana  Transformasi Ummah yang bertajuk Isu Seksualiti, yang diadakan di Auditorium Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), berjaya mengupas pelbagai persoalan berhubung dengan seksualiti dan LGBTIQ.
.
“Ini adalah program yang pertama kali yang saya hadir yang mengetengahkan  isu Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex and Questioning (LGBTIQ) yang begitu komprehensif dan seimbang kupasannya bersama ketegasan Islam mengharamkan amalan LGBTIQ dan kerahmatan Islam untuk membantu golongan ini dan ia benar-benar menggambarkan pendekatan dakwah yang sebelum ini dipamerkan dalam kenyataan media berkaitan Seksualiti Merdeka,” kata Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Md Nor.
.
Menurut beliau lagi, Wacana itu tamat dengan menjawab pelbagai persoalan tetapi telah menarik minat ramai untuk mengetahui lebih lagi.
.
.

“Saya merasakan ini antara kriteria wacana yang berjaya,” ujarnya.
.
Sehubungan itu, menurut  moderator wacana Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj (gambar kanan), gabungan panelis yang saling sokong menyokong hujah dan maklumat, amat menyenangkan hadirin menggarap isi kandungan yang dibincangkan.
.
“Input panelis ibarat titisan air dingin yang menghilangkan dahaga dan kehausan  serta melenyapkan kejahilan yang menyesatkan,” ujar  beliau.
.
Dr Harlina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial IKRAM berkata, IKRAM perlu mengadakan program berterusan yang menyantuni golongan sebegini.
.
“IKRAM perlulah mengambil langkah meningkatkan usaha mendidik masyarakat  (khususnya generasi muda & belia) untuk memahami isu permasalahan kelainan orientasi seksual & kesedaran mendekati golongan yang terpinggir.”
.
Selain itu, IKRAM juga perlu melibatkan pelbagai agensi, bagi mengetengahkan penyelesaian pencegahan dan rawatan secara bersepadu berlandaskan syariah Islam untuk menangani permasalahan ini.
.
.
Wacana ini mengetengahkan Pakar Klinik Psikologi, Azlina Roszy Abd Ghafar, yang punyai pengalaman merawat golongan LGBTIQ, Mohammad Raffie Jaafar, sukarelawan Yayasan Salam Malaysia yang berpengalaman menyantuni golongan LGBTIQ serta ulama muda yang berjaya memukau para hadirin dengan kupasan yang mengadunkan ilmu fiqh, psikologi dan fiqh dakwah, Dr Alizi Alias.
.
Wacana yang dirasmikan Naib Presiden IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh ini adalah anjuran bersama institusi-institusi IKRAM, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) selain  pihak CUCMS yang melambangkan kekuatan dan sinergi.
.
Turut hadir Setiausaha Agung IKRAM Hj Zaid Kamaruddin serta Jawatankuasa Wanita, Faridah Maludin dan Ustazah Marhamah Abdul Wahid.
.
Wacana ini dianjurkan adalah rentetan daripada hebohnya isu penganjuran Seksualiti Merdeka yang digemburkan oleh pelbagai pihak yang seakan menggalakkan golongan muda terjebak dalam kancah itu.
.

Pengaruh video & web lucah punca anak luar nikah

KUALA LUMPUR – Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
.
Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
.
Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.
.
“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
.
Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.
.
Seai Kie berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.
.
“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.
.
Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.
.
“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).
.
Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. – Bernama

.

Wacana: ISU SEKSUALITI

ANJURAN
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
Pusat Sokongan Wanita & Keluarga IKRAM (PAKSI –IKRAM)
Pusat Perubatan Islam Malaysia (PPIM)
.
.
PENGENALAN
Baru-baru ini, negara digegarkan dengan penganjuran Program Seksualiti Merdeka yang bertujuan memperjuangkan kesamarataan dalam pengamalan seks dan menentang diskriminasi terhadap golongan LGBTIQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersex & Queer) . Program tersebut diarahkan batal oleh pihak berwajib setelah mendapat bantahan banyak organisasi dan individu. IKRAM telah mengeluarkan kenyataan media yang menegaskan penganjuran program tersebut adalah bertentangan dgn prinsip Islam dan fitrah kemanusiaan. Dalam masa yang sama, IKRAM merasakan perlu ada usaha dakwah mendidik masyarakat umum mengenai perspektif Islam terhdap aspek homoseksualiti, di samping mengadakan `engagement’ dan mendekati golongan LGBTIQ.
Wacana umum ini dianjurkan sebagai tindakan susulan kepada kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh IKRAM mengenai isu homoseksualiti.
.
.
OBJEKTIF WACANA:
• Mengadakan medan perbincangan mengenai realiti amalan gejala seks antara sesama gender (homoseksualiti) di Malaysia.
• Memperjelaskan homoseksualiti dari perspektif psikososial dan Islam
• Mencadangkan pendekatan komprehensif dan efektif dalam menangani isu homoseksualiti dalam masyarakat
.
.
AHLI PANEL:
1. Sdr. Mohamad Raffie Jaafar
- Sukarelawan Yayasan Salam
2. Pn Azlina Roszy Abd Ghafar
- Pakar Psikologi Klinikal, Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi
3. Dr Alizi Alias
- Ketua Jabatan Psikologi, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
.
.
MODERATOR:
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
- Pengerusi JK Pembangunan Sosial, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)